Khamis, Jun 11, 2015

Ambang Ramadan Dicemari Insiden Peniaga Gaduh Rebut Tapak Bazar



Belum lagi Ramadan, baru ambang sebabnya tinggal lagi seminggu. InsyaAllah, minggu hadapan Khamis dah 1 Ramadan. Bulan penuh keberkatan. Bulan yang kita tahan lapar dan dahaga, bahkan lebih daripada itu segala sesuatu yang membatalkan puasa. Malahan, kita juga dituntut meninggalkan setiap sesuatu yang sememangnya dituntut untuk tidak dilakukan. Antaranya, makan berlebihan ketika berbuka dan membazirkan makanan. Sebut tentang makanan teringat Bazar Ramadan. Di Negeri Sembilan, belum pun Ramadan muncul, ambangnya bulan mulia ini dicemari dengan insiden pergaduhan berebutkan tapak bazar. Hurmmm, ini pun satu masalah. Kalau nak baca boleh ke Sinar!

1 Komentar:

Write Komentar
Sheila Adziz
AUTHOR
11/6/15 12:40 PTG delete

kesian mereka. semoga dirahmati diberkati Allah swt...

Reply
avatar