Sabtu, Jun 27, 2015

Adira & Shahrul Nasrun Sah Putus Tunang; Elizabeth Tan Bukan Punca!



Teka teki sejauh manakah kebenaran gosip putus tunang penyanyi Adira Suhaimi akhirnya terjawab apabila perkara itu disahkan sendiri oleh bekas tunangnya, Shahrul Nasrun. Shahrul, 29,  yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia berkata, pertunangannya dengan peserta Akademi Fantasia itu berakhir beberapa bulan lalu kerana tidak lagi sehaluan dan bukan berpunca daripada orang ketiga seperti yang dilaporkan sebuah blog hiburan. "Saya sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan ia terjadi kerana kami sudah tidak lagi sehaluan. Kami hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Saya akur dengan ketentuan itu. "Saya juga tidak boleh komen lebih kerana itu soal peribadi dan saya doakan semoga Adira berjaya dalam kerjaya dan doa saya yang terbaik untuk dirinya," ujar Shahrul menerusi applikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Jumaat. - mstar