Jumaat, Mei 08, 2015

Zayn Malik & Louis Tomlinson Berbalah; Peminat One Direction Kecewa!



Zayn Malik yang mengumumkan pengundurannya daripada boyband One Direction (1D) Mac lalu, kini terlibat dalam pertelingkahan dengan bekas rakan sekumpulannya, Louis Tomlinson di laman Twitter. Pergaduhan Zayn dengan Louis bermula apabila Louis meninggal 'komen sinis' dalam foto yang dimuat naik oleh penerbit muzik untuk karier solo Zayn, Naughty Boy. Difahamkan, penerbit muzik yang memuat naik gambarnya bersama Zayn terasa dengan komen itu lalu turut membalas Louis dengan komen mengejek. Situasi menjadi buruk apabila Louis senjaga mengusik Zayn dan penyanyi itu kemudian masuk campur menyuruh Louis agar jangan mengganggunya. Sehubungan itu, peminat Zayn dan peminat One Direction nampaknya telah berpihak kepada Louis dan membantah tindakan Zayn. Kalangan peminat Zayn kini melahirkan rasa kecewa mereka dengan hashtag #IstighfarZayn di Twitter.


1 Komentar:

Write Komentar
8/5/15 5:27 PTG delete

Dah tak best zayn tak ada

Reply
avatar