Rabu, Mei 20, 2015

Zayn Malik Jadi Ikon Projek Anti Jihad



Bekas anggota kumpulan pop One Direction, Zayn Malik, dijadikan ikon sebuah projek anti-jihad untuk mempengaruhi gadis muda agar menjauhkan diri daripada aktiviti berkaitan jihad dan keganasan. Projek dinamakan Prevent Engage and Inspire itu dipelopori bekas peserta The Apprentice, Nurun Ahmed, lapor Inquisitr. Ia dimulakan selepas tiga gadis muda dari Britain; Amira Abase, Kadiza Sultana, dan Shamima Begum, didakwa melarikan diri dari rumah masing-masing untuk ke Syria dan berkahwin dengan militan IS.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/bekas-anggota-one-direction-zayn-malik-jadi-ikon-projek-anti-jihad-60207?cp