Rabu, Mei 13, 2015

Zara Zya Teruja Bergandingan Dengan Aaron Aziz


Aktres berbakat, Zara Zya mengakui teruja apabila dapat bergandingan dengan pelakon popular, Aaron Aziz dalam drama siri original terbaru Tonton, ‘Dan Calonnya Adalah 2’. Menurut Zara, sudah lama dia mengimpikan untuk berlakon bersama aktor itu kerana sangat meminati bakat lakonannya. “Siapa yang tak nak berlakon dengan Aaron Aziz? Bila dapat peluang bergandingan dengan dia dalam drama ini, sudah pasti saya berasa sangat teruja. Seronok dapat berlakon dengannya lebih-lebih lagi dia tidak lokek ilmu. Walaupun pertama kali digandingkan, kami tidak ada masalah dan senang untuk bekerjasama,” tutur Zara ketika ditemui sewaktu penggambaran drama ‘Dan Calonnya Adalah 2’ baru-baru ini.

1 Komentar:

Write Komentar
Ct Noraishah
AUTHOR
13/5/15 4:38 PTG delete

i like suamiku encik perpect 10 ..

Reply
avatar