Selasa, Mei 19, 2015

Zain Saidin Semakin Berisi; Berat Badan Naik Mendadak?



Betul ke Zain Saidin yang sebelum ini sasa, tegam dan sado dikatakan semakin beirisi dan hilang bentuk tubuhnya yang mantap? Entahlah betul ke tidak, nak tahu baca caption di bawah dari projok gosip Murai.
Terkejut Murai Batu melihat gambar terbaru pelakon kacak berdarah kacukan, Zain Saidin. Menerusi gambar tersebut, Zain kelihatan sangat berbeza berbanding penampilan sebelumnya. Zain nampak sangat berisi dan baju yang dipakai oleh Zain pun sudah tidak muat? Biar betul ni? Mungkin Zain kelihatan lebih berisi berbanding dahulu kerana bahagia melayari alam rumah tangga bersama pelakon cantik Rozita Che Wan. Murai Batu suka melihat kebahagiaan yang dilayari oleh Zain dan Che Ta dalam perkahwinan mereka bersama dengan puteri sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana. Atau mungkin penampilan Zain yang lebih berisi ini hanya watak Zain dalam drama terbaru lakonannya? Murai Batu pun kurang pasti. Walau bagaimanapun saiz tubuh badan Zain, Murai Batu doakan Zain terus sukses!