Khamis, Mei 14, 2015

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Menanti Cahaya Mata Kedua



Setiap yang dilalui mengajar pasangan pelakon Wawa Zainal, 24, dan Aeril Zafrel, 27, menjadi lebih berdikari. Berkahwin di usia muda lebih bererti kerana perkahwinan dibina atas cinta sejati.  Tidak ada apa yang perlu diragui, buktinya Wawa dan Aeril kini bakal menyambut seorang lagi cahaya mata selepas Wawa disahkan hamil, baru-baru ini. “Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti,” kata Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Selepas kehadiran Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia setahun 10 bulan, pastinya kali ini mereka mengimpikan anak perempuan. “Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga,” katanya. - Metro


1 Komentar:

Write Komentar
cik violet
AUTHOR
14/5/15 9:29 PTG delete

congrats both of u :)

Reply
avatar