Rabu, Mei 13, 2015

Tuntutan Mutaah Rita Rudaini; Zaquan Adha Pertahan Aidil Zafuan



Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau  tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak. "Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti  dan keperluan sendiri," katanya. Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya. "Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya. "Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya. Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut. "Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana," katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan. Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya. Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu. Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee. Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini.