Isnin, Mei 18, 2015

Tahukah Anda Bila Garpu Mula Digunakan?



Penggunaan garpu ketika makan mula diperkenalkan di Timur Tengah sebelum tahun 1000. Kemudian ia pertama kali diperkenalkan di Eropah pada kueun ke-10 oleh Theophanu iaitu isteri kepada Byzantie yang merupakan Maharaja Otto II. Pada kurun ke-11, garpu mula diperkenalkan di Itali. Namun, garpu sukar diperkenalkan di Eropah Utara kerana masyarakat di sana berpendapat penggunaan jari semasa makan adalah kurniaan Tuhan yang lebih bermakna. Hinggalah kurun ke-18, barulah garpu digunakan secara meluas di Great Britain sebelum merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia.