Selasa, Mei 12, 2015

Syarul Ridzwan Akui Belum Cukup Popular Demand Soal Harga



Pelakon Syarul Ridzwan menjelaskan popularitinya sebagai artis belum berada di tahap yang membolehkannya bersikap 'demand' soal bayaran. Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, gosip mengatakan dia mula meminta bayaran tinggi sebelum bersetuju menerima sebarang tawaran sama sekali tidak benar dan menegaskan harganya masih sama."Saya tidak meletakkan harga mahal seperti mana didakwa lagipun saya bukan popular sangat malah kehadiran saya masih baharu berbanding pelakon lain."Dakwaan itu sama sekali tidak benar dan harga bayaran masih boleh dirunding," katanya kepada mStar Online menerusi Whatsapp pada Ahad. Pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu mengulas dakwaan kononnya dia kini mula meletakkan harga tinggi kepada produksi yang ingin mengambilnya berlakon.