Rabu, Mei 06, 2015

Siti Nurhaliza Tunai Hasrat Waris Mangsa Nahas Lebuh Raya Duke



Keluarga mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya DUKE terus menerima kunjungan pemimpin dan tokoh masyarakat yang bersimpati dan berduka dengan tragedi yang menimpa mereka. Pada Selasa, impian anak sulung mangsa nahas untuk bertemu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, yang tersebar di alam sosial termakbul apabila penyanyi tersohor negara itu hadir menziarahinya.   Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, tiba di kediaman keluarga mangsa nahas di Taman Batu Muda, Batu Caves petang tadi jelas menceriakan dan mengubat luka kesedihan Nur Firuza Amira yang kehilangan kedua-dua ibu dan bapa serta adik bongsu dalam kemalangan berkenaan.  Sejurus tiba, Amira terus tersenyum sambil menunjukkan jarinya ke arah Siti Nurhaliza.  Penyanyi terkemuka itu lantas mendokongnya sambil menanyakan khabar kepada Amira. Siti Nurhaliza meluangkan masa lebih sejam bersama-sama kedua-dua zuriat mangsa kemalangan serta neneknya, Normah Toso, 65.  - mstar