Rabu, Mei 27, 2015

Sekadar Teman Rapat; Emma Maembong & Kamal Adli Tak Letak Harapan Dalam Perhubungan



“Emma selesa berkawan dengan dia dan antara ramai orang memang Emma rapat dengan dia. Buat masa sekarang dalam sesebuah hubungan itu kita kenal orang itu terlebih dahulu. Tapi Emma tak nak cakap banyak-banyak atau tengah dengan dia (Kamal) ke apa sebab karang kalau tak jadi orang akan cakap apa pula. Jadi biarlah masa menentukan,” ujar Emma. Emma Maembong dan Kamal Adli ditemui media di majlis perasmian Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s kelmarin. Begitu juga dengan Kamal Adli yang memberitahu masih dalam proses mengenali. Tujuannya datang ke majlis ini ialah untuk memberikan sokongan kepada Emma sebagai rakan kerja. “Dalam proses mengenali, datang ke majlis ini ialah untuk memberikan sokongan kepada Emma sebagai satu team produksi. Rakan-rakan artis yang lain juga turut memberikan sokongan kepadanya dan Kamal mengaku antara orang yang paling rapat sekarang ini ialah Emma”

1 Komentar:

Write Komentar
ordinary wawa
AUTHOR
27/5/15 6:43 PTG delete

Semoga berbahagialah.

Reply
avatar