Jumaat, Mei 08, 2015

Relevan Selebriti Upload Gambar Atas Katil



Dah jadi macam trend pula rasa bangga upload gambar kurang sesuai dalam medium sosial dalam kalangan selebriti tempatan. Terkini, Ekin dan Yazer memuat naik gambar ucap selamat malam terdampar atas katil dibaluti selimut. Tidak ketinggalan beberapa hari lepas pelakon Ayu Raudhah turut berkongsi adegan sama bersama suami, Zaquan Adha dan anak-anak. Kongsi babak mesra memang tak salah, tetapi mungkin agak taboo dalam kalangan masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam. Melihat gambar sedemikian maka wujud banyak komen negatif. Berlaku pula bidasan dan balas-membalas komen apabila si artis tampil berhujah. Dalam kes ini, Muz selalu ambil pendekatan mendiamkan diri. Malas nak komen di akaun sosial instagram selebriti berkenaan. Bagi Muz kalau berbungkus macam yang dikongsi Ayu mungkin boleh diterima berbanding yang satu lagi. Tapi apapun lebih baik tak payah kongsi, sebab majoriti minda pasti akan tertumpu kepada babak nakal atas katil bila melihat gambar seumpama ni! Playsafe baik tak payah. Tapi kalau nak kongsi juga terpulang. Tapi kena ingat, bila followers kritik jangan cepat latah!



1 Komentar:

Write Komentar
nadialadzim
AUTHOR
8/5/15 10:55 PG delete

kita yang tengok kadang terasa malu sendiri. Tapi artis ni relax je kongsi..

Reply
avatar