Rabu, Mei 20, 2015

Rapat Dengan Seorang Pelakon; Afiq Muiz Temui Pengganti?


Bercerita mengenai pelakon muda ini, ramai yang akan menyelak kembali kontroversi yang pernah melanda dirinya satu ketika dahulu.Namun bagi Afiq Muiz, perkara lalu itu biarlah beredar begitu sahaja malah, dia sendiri sudah tidak mahu lagi memandang ke belakang dan mengingatinya lagi. Enggan terus berbicara kisah lama, Afiq mengakui dia kini sedang berkawan dengan aktres, Miera Leyana. Jelas Afiq, ikatan itu mula terjalin setelah  digandingkan dalam adaptasi, Memori Cinta Suraya. "Setakat ini, Miera adalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya dan saya selesa bersamanya. "Malah ibu saya juga menyenangi Miera. Namun, bila berbicara soal jodoh, ianya masih terlalu awal untuk ke peringkat yang lebih serius biarlah fokus saya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu," katanya. - Sinar