Selasa, Mei 05, 2015

Polis Trafik Jadi Bidan; Kereta Wanita Sakit Bersalin Rosak!



Seorang anggota polis trafik menjadi bidan menolong seorang wanita melahirkan bayi di dalam kenderaan polis semasa dalam perjalanan ke hospital. Wanita yang dalam perjalanan ke hospital, terpaksa menahan sakit kerana kereta yang dinaikinya rosak di sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Hangzhou, Wilayah Yunnan. Menurut laporan Tencent, pegawai polis trafik,  Xu Chunpeng, Xiao Jiaofeng dan Zhan Guozhen bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari wanita tersebut.