Jumaat, Mei 01, 2015

Pemain Bola Sepak Maut Selepas Rebah Di Padang



Liga bola sepak Belgium menerima berita sedih apabila seorang pemain kelab negara itu yang pengsan di padang disahkan meninggal dunia pada Jumaat. Dalam kejadian itu pada Isnin, pemain pertahanan Sporting Lokeren, Gregory Merten, 24, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas rebah di atas padang ketika perlawanan liga tempatan. Bekas pemain B-21 Belgium itu kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan koma. Dia telah diberi mesin sokongan hayat apabila pasukan perubatan gagal menyedarkannya.

Bagaimanapun pada jumaat, Sporting Lokeren mengumumkan bahawa Merten telah meninggal dunia selepas mesin sokongan hayat dimatikan. - mstar