Ahad, Mei 03, 2015

Nahas Maut Lebuh Raya Duke; Admin Facebook Familia Myvi Club Tampil Bidas Kecaman Orang Ramai



Kita masih lagi berkongsi tragedi malang yang menimpa sebuah keluarga apabila tiga daripadanya maut dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Duke. Dikhabarkan bahawa ada kenderaan MyVi yang berlumba pada ketika itu. Melihatkan sticker pada salah sebuah kenderaan MyVi yang terlibat dalam kemalangan itu yang menunjukkan Kelab Facebook: Familia MyVi Club, maka rakyat Malaysia memilih untuk menyerang kelab tersebuat yang dikatakan menjadi punca kepada terkorbannya nyawa insan lain yang tidak bersalah. Melihat kepada kemarahan masyarakat yang masih berterusan, petang ini admin kelab tersebut tampil membidas keyboard warrior yang menyerang akaun facebook berkenaan sejak berlakunya kemalangan tersebut. 






Ada ramai yang tidak ada kenderaan beroda empat yang kita panggil kereta. Yang tak ada kereta menunggang motosikal, yang tiada motosikal mengayuh basikal, yang tak ada basikal menggunakan pengangkutan awam lewat kudrat kaki yang dianugerahkan Tuhan. Jadi kenapa insan yang mempunya kereta sebagai kenderaan mahu pula berlumba menguji kelajuan? Mahu buktikan kehebatan? Sehebat manakah manusia yang betul-betul hebat sekalipun di dunia ini? Allah itu Maha Hebat. Bagi Muz tak kisahlah sama ada ahli daripada kelab ini yang terlibat atau yang lain, hentikanlah budaya berlumba atas jalan raya ini. Cuba letak diri kita dekat tempat orang lain sebelum buat sesuatu, nescaya dunia akan aman!

3 Komentar

Write Komentar
ejulz
AUTHOR
3/5/15 10:19 PTG delete

Jika betul kemalangan berpunca dari kereta yg berlumba, harap2 diorang kene hukuman yg setimpal..

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
4/5/15 12:32 PG delete

nak komen pun x guna, meh doa dekat ALLAH, andai benar diorang salah, KAU laknatlah mereka. biar mereka rasa apa yang mangsa tu rasa..

Reply
avatar
nadialadzim
AUTHOR
4/5/15 9:19 PG delete

sudah terang lagi bersuluh. nak nafikan pulak.penafian tu tak kan buat hidup org yang terlibat tenang. hanya kerana ikutkan nafsu, terkorban nyawa yang tak berdosa. paling kesian anak yang di tinggal. haishhh.....tiap kali tengok 2 anak kecik tu, sebak rasa.. :"(

Reply
avatar