Rabu, Mei 27, 2015

Memey Suhaiza Tak Risau Norman Hakim Rapat Dengan Abby Abadi



Hubungan baik antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi tidak menimbulkan sebarang prasangka kepada Memey Suhaiza dan dia menjelaskan bahawa bahawa keluarganya adalah menjadi fokus utama ketika ini. “Bila hubungan lebih baik ini lagilah saya tidak risau sebab semuanya di depan mata dan kami sentiasa bersama. Kalau ada perkara yang berkenaan anak-anak pun, kami sentiasa berkomunikasi. Jadi bila kami makin rapat ini, tidaklah risau” “Kalau dulu mungkinlah saya berfikir pasal perkara ini, sekarang tidak lagi. Saya tak perlu memikirkan perkara negatif. Kita pun sudah ada anak jadi fokus itu lebih kepada anak dan keluarga. Semuanya baik saja, malah anak-anak saya dan anak-anak abang (Norman) (bersama Abby) pun rapat” “Kami pun selalu berjumpa, jadi saya mahu fikir perkara yang bahagia saja, tak mahu fikir negatif sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Buat masa sekarang, kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri,” jelasnya kepada BH Plus.