Isnin, Mei 18, 2015

Kelantan Cuti Umum Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2015



Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Ahad depan sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA musim 2015 di antara The Red Warriors menentang Lions XII. Katanya, cuti berkenaan memberi ruang kepada penyokong pasukan Kelantan yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu pulang ke kampung dengan selamat. "Saya harap penyokong tidak tergesa-gesa dan memandu dengan berhati-hati demi keselamatan di jalan raya. "Selain itu, saya harap penyokong menjaga tingkah laku iaitu tidak melanggar etika bersukan untuk mengelakkan insiden yang tidak bermoral," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, di sini, sebentar tadi. - Metro