Sabtu, Mei 30, 2015

Kaabah Hanya Dibasuh Setahun Sekali



Upacara membasuh Kaabah akan dilakukan sekali sahaja setahun iaitu pada hari pertama bulan Muharram.  Menurut Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, pihaknya menerima arahan itu daripada Raja Salman. Sebelum ini, upacara membasuh Kaabah dilakukan dua kali setahun iaitu pada hari pertama Muharram dan pada 1 Syaaban.  Penjaga Kaabah, Saleh Al-Shaibi berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai selepas beberapa jemaah cedera ketika berebut-rebut untuk menyaksikan upacara berkenaan tahun lalu. Sehubungan itu, upacara membasuh Kaabah yang sepatutnya dilakukan pada 1 Syaaban Selasa lalu, dibatalkan.

1 Komentar:

Write Komentar