Jumaat, Mei 01, 2015

Jenazah Julie Dahlan Selamat Dikebumikan



Jenazah penerbit filem, Julie Dahlan, atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 63, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang, dekat sini, pada pukul 10.30 pagi Jumaat. Allahyarham sebelum itu dimandikan di Hospital Ampang dan dibawa ke Masjid Kampung Klang Gate Baru, di sini kira-kira pukul 7.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir. Kemudian Allahyarham disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira pukul 10 pagi. Kira-kira lebih 200 ahli keluarga, kenalan serta rakan artis dan media hadir pada upacara pengebumian itu. - mstar