Selasa, Mei 12, 2015

Izzue Islam Nafi Berlagak Alim Enggan Bersentuhan Dengan Wanita Dalam Lakonan



Pelakon Izzue Islam tidak pernah berniat untuk berlagak alim apabila memutuskan untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan mahram. Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia merupakan hak individu yang tidak patut dipertikaikan. "Saya tidak faham apabila ada orang ingin mempersoalkan perkara seperti itu kerana saya lakukan demi kebaikkan bersama."Saya bukan hendak berlagak alim atau menunjuk bagus tetapi ia hak peribadi saya dan berharap orang ramai dapat menghormati keputusan saya," katanya kepada mStar Online. Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu dia meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana wanita yang bukan mahram bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami.

1 Komentar:

Write Komentar
12/5/15 10:10 PG delete

bagus izzue islam ni, jaga batas-batas seorang suami agar isteri tidak merasa sakit hati...

Reply
avatar