Ahad, Mei 10, 2015

Isteri Fahrin Ahmad Bukan Janda Anak Satu



Pelakon Fahrin Ahmad menegaskan wanita yang dikahwininya iaitu Elena Hani Eleas, 37, bukanlah seorang janda beranak satu seperti yang didakwa beberapa pihak. Fahrin, 36, berkata, spekulasi tersebut tidak sepatutnya wujud kerana berita tidak sahih itu bukan kenyataan daripadanya tetapi daripada pihak yang suka menyebarkan fitnah. "Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. "Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. "Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami," katanya. - mstar