Ahad, Mei 24, 2015

Isi Hati Qi Razali Mahukan Keluarga Bahagia & Cahaya Mata



Mencungkil mengenai isi hati lelaki ini, Qi sebenarnya sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya iaitu pelakon berbakat besar, Nelydia Senrose. Menurut anak bongsu daripada empat adik-beradik itu, dia teringin menimang cahaya mata lebih-lebih lagi apabila melihat kesemua adik-beradiknya sudah berkahwin dan mempunyai anak. “Apa yang boleh anda bayangkan jika saya kata pada lima tahun akan datang saya sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Cuba kira sendiri,” jelas Qi sambil disusuli gelak tawa. Ungkapan itu jelas menunjukkan Qi sudah dapat membayangkan kehidupannya bersama Nelydia. Tambahnya, pada usia 37 tahun, tiada apa yang diimpikan selain menamatkan zaman bujang dan memiliki sebuah keluarga bahagia. - Kosmo!