Jumaat, Mei 22, 2015

Hotel Terbesar Di Dunia Bakal Dibina Di Tanah Suci!;Satu Lagi Tanda Kiamat Nyata?



Sebuah hotel yang didiangka terbesar di dunia dengan 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar suci Makkah. Projek AS$3.5 bilion (RM13 bilion) itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai itu dirancang dibina di kawasan seluas 291,000 meter persegi. Ia juga akan mempunyai suite diraja, surau dan pusat konvensyen - semuanya di 12 menara berasingan. Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka yang terbesar dan tertinggi di dunia. Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaan jemaah. Namun, bagi tetamu yang ingin menginap di sini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara. Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bangunan 1930-an. Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamannya.


1 Komentar:

Write Komentar
gulew kapas
AUTHOR
22/5/15 1:21 PTG delete

Ini memang Gileee

Reply
avatar