Selasa, Mei 19, 2015

Fouziah Gous Sah Hamil 7 Minggu



Fouziah Gous, 32, seperti tidak percaya dia disahkan hamil hingga menjalani ujian kehamilan sebanyak empat kali bagi memastikan dia benar-benar hamil. Fouziah yang kini hamil dua bulan setengah mendapat berita gembira itu selepas pulang dari menjalani penggambaran program Nona di Jepun, Mac lalu. “Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. “Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif. “Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.  “Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta. Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya. - Metro


2 Komentar

Write Komentar
Miss Mala
AUTHOR
19/5/15 11:29 PTG delete

Tahniah.... x sabar nk tgk baby both of u.moga dipermudahkan

Reply
avatar