Isnin, Mei 04, 2015

Fesyen Berani Buat Jejaka; Street Wear By Qifalvarez



Fashion ialah satu perkara yang subjektif. Pada pandangan mata seseorang cantik tapi dalam masa yang sama bagi seseorang jelik. Lihat sahaja Lady Gaga umpanya walaupun pelik tapi dia bangga dengan identiti yang dibawa. Jadi, tak perlu takut dan bimbang untuk bergaya kalau berani nak mencuba. Kali ini Muz kongsikan design bagi kaum Adam yakni baju yang agak daring dan seksi! Haha...  Asyik perempuan ja pakai seksi kan, kali ni bagi yang lelaki pula rasa. Apapun, still tak tayang aurat! Pereka Qif Alvarez tampil dengan idea segar yang lari daripada kebiasaan T-shirt berseni dengan lubang-lubang tembus sekali pandang memang ternyata berbeza. Hanya yang berani akan menggayakannya. Tengok model-model ni gayakan, nampak sangat berani dalam bergaya bukan? Apapun kalau nak cuba tak semestinya kena anggap tayang badan, boleh je dalamnya pakai plain t-shirt, kemudian sarungkan T-Shirt daripada Qif Alvarez yang meletop ni!




Kalau rasa tertawan nak mencuba boleh jenguk Instagram Qif Alvarez Design! Klik saja ya, Muz dah backlinkkan terus ke pagenya untuk anda jenguk-jenguk cuci mata! Ada banyak lagi design yang menarik, boleh terus rujuk, singgah dan follow page di atas ya! Selamat bereksperimentasi dengan dunia fesyen!