Rabu, Mei 06, 2015

Fahrin Ahmad Sah Nikah 9 Mei; Tetap Rahsiakan Bakal Isteri...



Pelakon Fahrin Ahmad mengesahkan bakal bernikah pada Sabtu ini dalam satu majlis yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini. Fahrin, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal isteri yang bakal dikahwininya itu sehinggalah pada hari pernikahannya nanti. "Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu. "Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," katanya kepada mStar Online.