Jumaat, Mei 22, 2015

Faezah Elai Tolak Babak Dedah Aurat & Atas Katil



“Saya sudah jarang berlakon. Tawaran masih ada tapi saya memilih yang bersesuaian. Tambahan saya hanya boleh berada di set sehingga jam 11 malam saja. Jadi, sebab itu saya banyak berlakon dengan produksi suami kerana dia faham” “Tetapi jika ada produksi lain yang boleh bertoleransi dan mahu mengikut syarat itu, saya akan terima. Namun, ia bergantung juga pada watak yang ditawarkan. Memang sekarang ini ramai artis yang sudah bertudung masih boleh berlakon dan tiada masalah” “Cuma, saya kurang sesuai kalau babak tidur kita bertudung. Selain itu, jika ada babak-babak misalnya baring atas katil hingga nampak bentuk badan, saya menolak,” jelasnya yang kini lebih banyak berlakon di bawah arahan suaminya, Heykal Hanafiah.