Jumaat, Mei 22, 2015

Dua Bulan Lebih Tak Berhubung; Anita Sarawak Dikhuatiri Sakit!



Adik kepada penyanyi Anita Sarawak, Noorkumalasari Mohd Taib mengakui bimbang akan keadaan kakaknya yang sudah dua bulan tidak menghubunginya. Dalam portal Singapura, The New Paper melaporkan pada Selasa kali terakhir Anita dihubungi adalah pada Mac lalu dan percubaan untuk berbuat demikian sehingga sekarang gagal. Kata Noorkumalasari, kebiasaannya Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib akan menghubunginya pada setiap kali hari jadinya yang jatuh pada bulan April, namun kali ini tiada menerima panggilan telefon dari kakaknya itu. “Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain. “Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama,” kata Noorkumalasari. - Awani


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/perbualan-terakhir-pada-mac-noorkumalasari-risaukan-anita-sarawak-60393?cp