Ahad, Mei 24, 2015

Dikatakan Sudah Kahwin; Keith Foo Kunci Mulut!



Pelakon kacak yang popular menerusi drama Ariana Rose, Keith Foo didakwa sudah mendirikan rumah tangga. Dia dikatakan sudah berkahwin secara senyap dengan tunangnya, Kim Raymond. Berpeluang menghubungi aktor berumur 32 tahun itu baru-baru ini, Keith bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus tersebut, sebaliknya mengambil keputusan untuk berdiam diri. “Terus terang, saya lebih selesa untuk berkongsi cerita mengenai hal kerjaya saya sebagai pelakon. “Saya harap orang tak ganggu privasi saya kerana sejak dahulu lagi tidak suka menghebahkan mengenai hubungan dan kisah peribadi kepada khalayak. “Dalam hal ini, terpulang kepada individu itu untuk bercakap mengenai khabar angin tersebut asalkan ia tidak memberi impak negatif terhadap diri saya dan keluarga,” jelasnya dengan tenang.




1 Komentar:

Write Komentar
TunSha Ayunie
AUTHOR
24/5/15 4:10 PTG delete

Kalau betul apa salahnya terus terang keypu...

Reply
avatar