Rabu, Mei 06, 2015

Beto Kusyairy Sayu Dipeluk Erat Anak Mangsa Nahas DUKE



Pelakon Beto Kusyairy sayu apabila salah seorang anak mangsa kemalangan maut melibatkan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) memeluknya erat ketika datang menziarah keluarga mangsa pada malam Ahad lalu. Pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan, 35, itu berkata, dia terkejut dengan reaksi kanak-kanak berkenaan, Nur Firuza Amira yang berusia tujuh tahun berlari mendapatkannya. "Ketika saya sampai sudah malam dan dia juga nampak letih kerana kunjungan daripada orang ramai yang tidak putus untuk melawatnya. "Bagaimanapun saya masuk sebentar ke bilik untuk menyapanya dan apabila melihat saya dia terus memeluk erat saya seolah-olah kami sudah mengenali antara satu sama lain. "Tiada kata dapat saya gambarkan selain perasaan sayu saat di memeluk saya ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.