Sabtu, Mei 16, 2015

Bakal Injak Usia 47 Tahun; Ella Masih Simpan Hasrat Lahirkan Zuriat



Ella dan juga suaminya, Azhar Ghazali mengakui sering diajukan soalan berkaitan dengan anak namun mereka tidak pernah ralat mengenai perkara tersebut dan hanya menyerahkan sepenuhnya soal cahaya mata kepada Allah. “Tidak dinafikan saya memang sukakan kanak-kanak namun belum rezeki lagi untuk saya menimang cahaya mata. Terfikir juga ingin mengambil anak angkat tetapi tunggulah dulu. Bukan mudah menjaga anak angkat kerana jadual kerja yang begitu padat sekarang”