Khamis, Mei 07, 2015

Anzalna Nafi Dikongkong Hanif



Anzalna kini sedang sibuk menjayakan penggambaran bagi telenovela 148 episod, A Love To Remember atau Memori Cinta Suraya. "Saya tidak menyepi, saya ada sahaja dalam industri hiburan dan masih berlakon. Saya kini hanya fokus kepada satu telenovela sahaja. Disebabkan cerita ini mempunyai 148 episod, saya harus meletakkan komitmen tinggi terhadap telenovela ini dan sepanjang tahun ini juga saya harus menolak tawaran lain," kata Anzalna memulakan perbualan. Menafikan dirinya menyepi kerana dikongkong kekasih, Hanif Zaki, pelakon putih gebu ini menjelaskan yang Hanif memberikan sokongan penuh terhadap kerjayanya sebagai seorang selebriti. "Saya juga bukan menyepi kerana Hanif. Bagi saya jika tiada cerita baru, buat apa saya mahu sentiasa muncul kepada umum. Hanif sentiasa menyokong segala perancangan seni saya, dia tidak pernah mengongkong. Mungkin saya yang mengongkong dia," seloroh Anzalna sambil tertawa riang. - murai


1 Komentar:

Write Komentar
7/5/15 3:39 PTG delete

oooo ini ker boyfriend anzalna okaylah tu sepadan...

Reply
avatar