Rabu, Mei 06, 2015

Amitabh Bachchan Masih Hidup!


Kelmarin barangkali menjadi hari paling mengejutkan buat peminat megastar Bollywood, Amitabh Bachchan apabila dia dilaporkan meninggal dunia. Sebagai orang yang dikenali di seluruh dunia, berita itu tersebar dengan pantas sekali.  Pun begitu tidak lama kemudian, keluar kenyataan yang berita kematian Amitabh itu adalah palsu sama sekali. Ternyata bapa mentua aktres Aishwarya Rai itu masih sihat walafiat dan masih sibuk dengan aktiviti lakonannya. Khabar angin yang membawa kedukaan kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia itu mula tersebar di Facebook yang ditulis, “pada jam 11 pagi hari Sabtu, pelakon kesayangan ramai, Amitabh Bachchan meninggal dunia. Dia dilahirkan pada 11 Oktober 1942 di Allahabad. “Kehilangannya amat dirasai, namun kita tidak akan melupakannya. Sila tunjukkan rasa simpati dan ucapan takziah anda serta ‘likes’ pada muka surat ini”. Dengan pantas sekali, ribuan orang mula menulis ucapan takziah, melahirkan rasa dukacita mereka terhadap kehilangan pelakon legenda berusia 72 tahun itu.