Jumaat, Mei 15, 2015

Amar Baharin Nafi Bakal Nikah Amyra Rosli Dalam Masa Terdekat


Pelakon Amar Baharin terkejut apabila dikatakan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli yang dijangka hujung tahun ini. Ammar, 30, dan Amyra turut dikatakan sudah meninjau lokasi majlis berkenaan dan melantik individu tertentu bagi menguruskan majlis itu. "Kahwin? Saya pun tak tahu perkara ini dan macam mana pula orang boleh kata saya nak kahwin? Sekali lagi saya ingin perjelaskan bahawa saya dan Amyra hanyalah kawan kerja dan tidak lebih daripada itu," jelas Ammar kepada mStar Online pada Rabu menjawab gosip berkenaan. Tambah Amar, ketika ini dia masih solo dan tidak menafikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun mungkin masih belum temui jodohnya. "Saya masih solo dan ada keinginan untuk kahwin. Cuma tak tahu bila," katanya.