Sabtu, Mei 30, 2015

Al-Fatihah; Ibu Johan As'ari Meninggal Dunia



Ibu kepada pelakon Johan As’ari, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, meninggal dunia hari ini, Sabtu.Johan yang memaklumkan berita tersebut melalui laman Instagram miliknya kira-kira pukul 12 tengah hari, turut meminta agar pengikut Instagramnya terus mendoakan roh ibunya itu. “Assalamualaikum, dengan rendah hati, Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. “Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. - Murai