Rabu, Mei 27, 2015

Aidil Zafuan Hanya Mampu Beri Rita Rudaini RM20 Sehari; 'Tak Mati Kalau Tak Tengok Astro'



Jika sebelum ini Aidi Zafuan ada memaklumkan bahawa bekas isterinya Rita Rudaini tidak layak menerima tuntutan mutaah seperti yang dipinta, kali ini kes tuntutan nafkah tertunggak.Terbaru, Aidil mengakui hanya mampu memberikan RM20 sehari kepada Rita bagi perbelanjaan makan dan minum. Bukan RM50 seperti yang dipinta Rita. Menurut laporan Harian Metro, Aidil berkata jumlah RM20 itu adalah RM10 untuk belanja makan dan minum bagi tengah hari serta selebihnya untuk makan malam. Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan sarapan, makan petang dan makan lewat malam, Aidil memaklumkan Rita jarang makan selain tengah hari dan malam. Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan lain seperti bil langganan Astro, Aidil memaklumkan Astro bukanlah sesuatu yang wajib untuk dilanggan. Malah seseorang tak akan mati kalau tiada Astro. Perbicaraan akan disambung semula pada 14 September. 

1 Komentar:

Write Komentar
Amanda Suria
AUTHOR
27/5/15 9:17 PG delete

Macam2 hal la...buat apa lagi nak berbalah..x penat agaknya naik turun mahkamah...dulu SA banyak sokong Rita..now macam nampak keterlaluan plak...

Reply
avatar