Rabu, Mei 13, 2015

Aidil Zafuan Dedah 5 Sebab Kenapa Rita Rudaini Tak Layak Dapat Tuntutan Mutaah



Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau  tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil selaku defendan memaklumkan Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon, katanya:
  • Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri. "Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa," katanya.
  • Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara. "Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri," katanya.
  • Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik. "Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya."Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga," katanya.
  • Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita. "Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah," katanya.
  • Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan  menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga. "Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.


"Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin," katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

3 Komentar

Write Komentar
anamizu
AUTHOR
13/5/15 10:41 PG delete

ish3 dah cenggitu habes semua hal org tak tahu jd tahu :(

Reply
avatar
Ct Noraishah
AUTHOR
13/5/15 11:10 PG delete

hmm hm...macam ni pun boleh

Reply
avatar
13/5/15 11:25 PG delete

Bila dah jadi pahit semuanya keluar...

Reply
avatar