Selasa, Mei 12, 2015

Aidil Zafuan Akui Tidak Mampu Bayar Tuntutan Mutaah Rita Rudaini



Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau  tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak. "Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti  dan keperluan sendiri," katanya. Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya. "Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya. "Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya.



1 Komentar:

Write Komentar
12/5/15 11:00 PTG delete

salam ukhwah

sudi-sudilah lawat blog saya
http://85mutiarabeauty.blogspot.com

Reply
avatar