Jumaat, Mei 15, 2015

Aaron Aziz Berpacaran Dengan 12 Wanita?


‘Dan Calonnya Adalah’ kini kembali pada musim kedua di portal video No. 1 Malaysia, Tonton. Menariknya, drama komedi romantik ini menggandingkan buat julung kalinya aktor dan aktres popular, Aaron Aziz dan Zara Zya. Berkongsi mengenai watak, Aaron memberitahu dia memegang peranan sebagai Aris, seorang lelaki kaya yang kaki perempuan. Aris merancang mahu mengahwini teman wanitanya, Yasmin namun perkara itu tidak dipersetujui oleh ibunya, Datin Zana. Ibunya meletakkan syarat di mana Aris perlu berpacaran dengan 12 wanita lain terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk memperisterikan Yasmin.