Rabu, Mei 13, 2015

Aaron Aziz Beralih Arah...



Aaron Aziz merupakan nama besar dalam industri lakonan. Namun selepas mengarah filem pertama berjudul Romeo Kota, kini pelakon popular ini sekali lagi akan menghangatkan lagi industri seni tanah air dengan menghasilkan filem keduanya. Masih dalam proses awal produksi, tajuk filem yang diberi nama Sayu Yang Syukur (SYS) akan memulakan penggambaran pada 20 Mei ini. “Selepas pulang dari Oukland bagi menghabiskan babak filem Kau Yang Satu, saya akan mengarah filem kedua saya sehingga bulan enam ini insya-Allah. “Saya arah dan saya juga jadi pelakonnya untuk watak hero. Skrip juga sudah siap, dan kita akan mula penggambaran sebelum hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama atas talian di portal tonton iaitu Dan Calonnya Adalah 2, baru-baru ini.

1 Komentar:

Write Komentar
13/5/15 11:05 PG delete

suka sgt tgk aaron aziz berlakon..

Reply
avatar