Jumaat, Mei 08, 2015

(8 Gambar) Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ziana Zain Meriah





Punya peminat setia yang masih setia dari awal kemunculannya sehingga kini, ternyata Ziana Zain merupakan antara insan seni yang cukup bertuah di negara ini. Trend di tanah air artis senior sering dilupakan, baik penganjur,penerbit mahupun peminat, tidak seperti di luar negara makin lama di dalam industri makin berharga nilainya. Justeru, tatkala menginjak usia 47 tahun dalam kitaran hayat dan sudah lebih 20 tahun mengabdikan diri dalam industri seni tanah air, maka terbuktilah Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Binti Zin ini cukup bertuah apabila mampu bertahan dan mempunyai kelompok peminat yang utuh bukan sahaja dalam negara malah dari Singapura dan Brunei. Masakan tidak, penyanyi-penyanyi seangkatan dengannya sudah ramai yang bersara dan jika bertahan sekalipun sudah suam-suam kuku dan semakin dilupakan. Berbeza Ziana Zain yang meskipun sudah semakin perlahan kalender seninya (tidak seligat zaman anak dara) tetapi demand  untuk kemunculannya sentiasa tinggi. Menghargai insan seni ini, Kelab Peminat Zianaolks telah mengadakan surprise birthday celebration buat diva kesayangan ramai ini pada tanggal 2 Mei lalu. Muz kongsikan sedikit momen majlis tersebut! Happy Birthday Kak Gee!




2 Komentar

Write Komentar
izzeyda
AUTHOR
8/5/15 10:13 PG delete

happy birthday kak Ziana Zain.. tarikh birthday sama dengan anak..

Reply
avatar
8/5/15 3:11 PTG delete

Terima kerana masukkan pic dr sy..yg ada smiley tu..kak gee mmg cantik walaupun telah mnjangkau usia 47 tahun..semakin berusia semakin cantik..

Reply
avatar