Isnin, Mei 18, 2015

5 Sebab Drama Dia Isteri Luar Biasa Akan Trending!




  • Nur Fathia merupakan antara heroin drama tempatan yang paling diminati buat masa sekarang. Lakonannya semakin baik. Cantik! Malah meletop selepas drama adaptasi Ariana Rose.
  • Heronya, Shukri Yahaya, yang baru sahaja selesai dengan drama adaptasi Asam Pedas Untuk Dia yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri, dan pengikutnya pula bukan sedikit tau, nak pula untuk Jericho Rosales Malaysia ini!
  • Supporting actor pun bukan calang-calang orang tau, hero drama adaptasi Ariana Rose, aktor Keith Foo dan heroin drama adaptasi Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad turut berlakon dalam Dia Isteri Luar Biasa tau! Banyak pelakon pembantu yang popular seperti Uqasha Rose, Syatilla Melvin, Afiq Muiz, Leez Rosli, Liza Abdullah dan Shah Rezza.
  • Drama Dia Isteri Luar Biasa merupakan terbitan Pena Creative Sdn Bhd milik selebriti Ziela Jalil yang pernah menerbitkan drama adaptasi popular seperti Ariana Rose, Setitis Kasih Darmia, dan Jodoh Itu Milik Kita.
  • Ditayangkan di saluran nombor satu negara TV3, dalam Slot paling popular di Malaysia, mana lagi kalau bukan Akasia!