Rabu, April 15, 2015

Zizan Razak Terkejut Dikata Bakal Nikah Jun Depan



Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zizan Razak berkata yang beliau belum pun pulang ke kampung untuk bincangkan hal perkahwinan tetapi tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya itu pada tahun ini juga. “Memang sya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal” “Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda,” ujar Zizan. - Rotikaya