Isnin, April 13, 2015

Ziana Zain Paling Dinanti; Diva Malaysia Live - Queen of the City



Belum pernah dilakukan, kelmarin tiga penyanyi bersuara hebat itu digabungkan di satu pentas meraikan Minggu Setiausaha 2015 menerusi persembahan dipanggil Diva Malaysia Live - Queen of the City bertempat di Grand Ballroom, Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur.Paling dinanti-nantikan dan amat ketara peminat Ziana adalah teramai pada acara itu, penyanyi berkenaan pula bingkas menukar suasana menjadi lebih santai apabila dengan selambanya membuka kasut tinggi di atas pentas. Dengan hanya berkaki ayam, penyanyi itu apapun bahang yang dicipta penyanyi berkenaan sememangnya tersendiri tambahan pula dia menjadi penghibur terakhir tampil di pentas.Barangkali kemantapan vokal Ziana tidak lagi sehebat penangannya seperti dulu, namun jelas tiada mampu merentap kehebatannya menakluk pentas dengan gaya tepat seorang diva.Bagaikan tidak puas, namun segmen pendek itu tentu sekali membuatkan seleksi Ziana terhad menerusi lagunya sedangnya peminat pasti ada lagu kesukaan sendiri nyanyi penyanyi itu. Memulakan persembahan dengan menyambut lagu Sangkar Cinta yang nyanyiannya dimulakan Ning, Ziana kemudian meneruskan kehangatan petang itu dengan lagu Dengarkanlah, Lara, medley Kemelut Di Muara Kasih dan Berpisah Jua, Kalau Mencari Teman serta Dingin. Dia tidak ketinggalan menyanyikan lagu terkini Set Fire To The Rain nyanyian asal Adele. - Metro