Khamis, April 23, 2015

Zayn Malik Bakal Berlakon?



Baru sahaja meninggalkan One Direction (1D) bulan lalu, namun Zayn Malik nampaknya sudah punya perancangan sendiri. Zayn dikhabarkan telah memulakan perbincangan dengan pengarah filem "Bend It Like Beckham", Gurinder Chadha, yang kini sedang mengarahkan filem "Bend It Like Beckham: The Musical." Gurinder memberitahu, Zayn seorang yang berbakat dalam bidang lakonan dan terlebih dahulu mendapat pendedahan dan pendidikan dalam bidang tersebut, sebelum menyertai One Direction. Biarpun begitu, Gurinder berkata dia masih belum menetapkan sebarang watak untuk Zayn. - Awani