
Pelakon Zara Zya
menyangkal dakwaan kononnya dia bertindak kejam apabila membubarkan kelab
peminatnya iaitu Love Zara Zya
tanpa memberikan alasan kukuh kepada pengurusan kelab berkenaan. Zara atau nama
sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, menjelaskan, kelab peminat
berkenaan masih wujud dan hanya menukar namanya kepada Zara Zya Loverz selain mengambil
keputusan untuk menguruskan sendiri kelab tersebut selepas pengurusan terdahulu
mengalami masalah. "Dakwaan itu fitnah tanpa mengetahui cerita sebenar
disebalik keputusan saya menukar nama dan mengambil alih pengurusan kelab
peminat itu. "Ia masih ada dan tidak dibubarkan pun cuma namanya ditukar selepas
pengurusan sebelum ini ada masalah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada
Ahad.