Isnin, April 06, 2015

Yang Menarik & Pelik; Corat-Coret ABPBH 2014



  • Pembukaan pentas ABPBH 2014 oleh Faizal Tahir dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Assalamualaikum. Rancak dan penuh energetic! Lama sungguh tak tengok live perfomance Faizal Tahir, dah kira macam comeback!
  • Antara momen yang menjadi perhatian dalam sesebuah anugerah seumpama ABPBH 2014, tentu sahaja selingan wajah artis/selebriti ketika pengacara sedang berceloteh. Masa Sherry sebut satu demi satu nama pelakon lelaki hot masa kini seperti Zul Ariffin, Adi Putra, Amar Baharin dan lain-lain yang diiringi jeritan dan sorakan peminat. Dalam banyak tu ada juga selit wajah Mawi. Mawi siap angguk, senyum dan lambai dekat kamera. Tetapi sayang tak ada sorakan pun. Kalau diingat kembali 2004 dulu dia pernah menjadi Tsumawi, tetapi macam tu lah populariti, banyak yang gagal pertahankan kedudukan seperti zaman kegemilangan!
  • Gandingan Sherry Alhadad, Amy Mastura dan AG, barangkali sudah boleh di agak bagaimana rupanya. Sherry sebelum ini pernah dikritik mengendalikan Melodi, begitu juga Amy yang tidak lepas daripada kritikan ketika mengacarakan ABPBH 2013, tahun lepas.
  • Banyak sangat celoteh pengacara sampaikan 30 minit pertama belum lagi satu anugerah pun yang disampaikan lagi!
  • Hafreez Adam kalahkan Shukri Yahaya, Hisyam Hamid, Syarul Ridzwan yang Muz rasa lebih popular daripada dia! Mengejutkan! Haha... Apapun, biasalah peminat yang undi kan!
  • Didie Alias rangkul Anugerah Artis Komedi Wanita Popular, kalahkan Jihan Muse yang merupakan calon kegemaran ramai. Tak guna suka saja dik, kena undi sama, kalau tak jangan harap nak menang! Huhu Didie ambil masa lama nak sampai atas pentas ambil anugerah sebab busana pelik yang memang menjadi identiti Didie Alias, kali ini busananya dipenuhi roses!
  • Gandingan Fathia dan Zul Ariffin macam sesuai je. Boleh ambil jadi pair untuk drama adaptasi novel yang akan datang mungkin? Serba hitam Zul Ariffin memang seperti biasa cakapnya bersahaja, tetapi Fathia ada tersasul dan buat silap. First, salah cakap ABPBH bertahan selama 25 tahun sedangkan sudah 28 tahun. Dan hampir-hampir dia membacakan keputusan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular sedangkan calon yang ditayangkan di VT ialah untuk kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular, nasib Zul sedar dan betulkan kesilapan itu.
  • Akim & The Majistrate memang sudah dijangka kemenangan sebab kepopularan Mewangi. Pak Nil merangkul kategori Pengacara TV Lelaki Popular, tetapi tidak hadir. Manakala, Fara Fauzana tetap tidak tergugat bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.
  • Ella nampak feminin sangat dengan gaun pink menyanyikan Pergilah Sayang bersama Korrie. Menyusul, Wanita Terbahagia oleh Ayda Jebat dan Fina.  Persembahan seterusnya oleh Salamiah Hassan dan Atilia. Bagi Muz, terus-terang SLOT persembahan ini agak membosankan. Tak ada unsur wow, langsung! Mana pergi magik cinta ni???
  • Gandingan tiga anak ikan, ikut gelaran Amy Mastura, Syarul Ridzwan, Shukri Yahaya dan Hisyam Hamid, daripada ketiganya yang nampak yakin dan teruja ialah Hisyam. Terus terang memang Muz suka aura sebegitu dalam diri presenter anugerah!
  • Sangat pelik macam mana Shah Iskandar boleh menang lagi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular. Hahaha.. Berbanding Aaron Aziz, Amar Baharin, Adi Putra dan Sharnaaz Ahmad, Shah Iskandar macam tak ada orang yang sorak saja bila time VT calon-calon! Memang spoil sunggu bagi Muz pemenang untuk kategori ni! Harap peminat Amar Baharin boleh terima ye... Hahaha!
  • Ayda Jebat memang Muz dah jangka akan menang, walaupun ada yang ramail Amyra Rosli boleh menang juga. Bagi Muz, Ayda memang layak menang kategori ni dengan deretan drama popular yang bukan sahaja hits tetapi turut berkesan lakonannya!
  • Persembahan Yassin dan Bochey, okay-okay saja!
  • Gandingan Ifa Raziah dan Amelina, okay. Mungkin sebab makin matang maka gandingan pun tak adalah havoc sangat!
  • Ucapan Johan paling win sebagai pemenang! Begitu juga dengan ucapan Lofa, yang pendek tetapi bermakna!
  • Parodi Sherry untuk Yuna dan Dayang memang menjadi! Hahaha...
  • Tiada Maaf Bagimu, Kau Tinggi Di Awan Biru menggandingkan Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah dalam duet penuh melankolik!
  • Maaf cakap gandingan tiga orang penyampai radio yang Muz memang malas nak sebut nama, cukup membosankan! Kalau umum kategori radio ok juga, ni kategori pelakon TV dan komedi, baik panggil yang lain saja! Tak faham! Hehehe...
  • Nad Zainal kalahkan Ayda Jebat untuk Kategori Pelakon TV Wanita Popular, satu lagi kejutan kan? Hehehe...
  • Abam pula nampak emosional, dan sempat lagi dengan tagline  ‘gemuk is awesome’...
  • Puteri Balqis memang sweet! Berani dan meyakinkan untuk seusianya sebagai seorang penyampai anugerah.
  • Shaheizy Sam menang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular menegepikan Aaron Aziz dan Zul Ariffin!
  • Aaron Aziz tewas tanpa sebarang anugerah dalam ABPBH 2014 pada tahun ini!
  • Seniman Menangis, gandingan Azlan, Hazama, Black dan Akim, memang terbaik. Satu-stunya yang buat bulu roma Muz meremang! Terbaikkkk!
  • Gandingan Shaheizy, Mummy Khaty dan Zizie, anak-beranak! Rindu lakonan Zizie! Tapi macam flashback family stories pulop! Opssss! Hehehe
  • Akim teruja benar dengan kemenangan kedua. Kali ini solo sebagai Penyanyi Lelaki Popular.
  • Elizabeth Tan? Baru kenal! Penyanyi ke? Oh, kan duta produk Zarra Sinar Puteri. Untuk penaja apa saja pon boleh... Opsss! Sorry, lately Muz agak kurang follow penyanyi ni semua, so katak bawah tempurung sikit! Huhu...
  • Shaheizy Sam menang lagi sebagai Bintang Paling Popular untuk kali ketiga! Gigih peminta dia undi!
  • Persembahan penutup pun biasa-biasa juga, last masa kamera fokus dekat tempat duduk, banyak juga kerusi yang dha kosong, event persembahan tutup tirai belum habis lagi. Yalah tiga minit lagi nak pukul 12 kot! Hurmmm...
  • Keseluruhannya ABPBH 2014, biasa-biasa sahaja...  That’s all, pendapat daripada seorang penonton yang spend masa 3 jam tengok TV. Yang setuju kira sama pendapatlah, yang tidak tu, well tak semua orang taste sama!

5 Komentar

Write Komentar
Nao Mei
AUTHOR
6/4/15 4:04 PTG delete

Gigih juga cik akak tengok sampai habis..hihi..walaupun terlepas minit pertama..kiki

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6/4/15 4:43 PTG delete

best apa gandingan penyampai radio tu. kau blogger mcm bagus sangat. tk suka diam je

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6/4/15 4:44 PTG delete

aritu ame. boleh je dj era buat. padahal bukan best pon. blogger penipu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6/4/15 4:46 PTG delete

eh blogger. kau jangan nk kutuk penyampai radio tu eh. dj hot fm. lgi best dari dj lain.

Reply
avatar