Isnin, April 13, 2015

Yana Samsudin Nafi Tanggung Suami



Bercakap kepada media baru baru ini, Yana Samsudin menepis dakwaan sesetengah pihak yang beliau menanggung makan minum pakai suaminya itu dengan mengatakan tiada asas untuk orang berkata demikian terhadap cara hidup mereka. “Dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan. Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil,” ujar Yana Samsudin. - Rotikaya